28 July 2012

CINTA BOLA KERANJANG

4 tahun yang lalu...

                  "saya... saya suka awak." itulah luahan pertama isi hati seorang perempuan yang bernama Syuhada terhadap seorang insan bertuah yang bernama khairi.

*****************
Sekarang...
Lamunan Syuhada berhenti apabila Lydia menegurnya
      "engkau ni, asyik daydreaming je.. Syuhada hanya tersengih hingga menampak kan barisan giginya yang putih itu apabila di tegur oleh Lydia.

Syuhada adalah seorang pelajar berumur 17 tahun. Dia juga seorang pelajar yang pintar disekolahnya dan juga merupakan seorang atlet yang mewakili daerahnya. Lydia ialah rakan karib Syuhada semasa mereka sekolah rendah dan sekolah menengah. Mereka berdua menjadi rapat sejak 7 tahun yang lalu.

Sejak kejadian 4 tahun yang lalu iaitu kejadian luahan perasaan, Syuhada tidak pernah meluahkan perasaan kepada sesiapa lagi. Peristiwa itu sering menerjah fikirannya. Syuhada sendiri tidak tahu kenapa dia sering mengingati peristiwa tersebut.

*********************************
Gelanggang Bola Keranjang...

Tiba-tiba sebiji bola terkena tepat pada kepala Syuhada.

 "aduh! sakitnya..jerit Syuhada...  Lydia datang ke arah Syuhada.

      "oii!! kau tak apa-apa? kat court basket pun nak daydreaming lagi ke? apa kena dengan kau ni?" Lydia membawa Syuhada ke tepi gelanggang. Semua pelajar yang berada di gelanggang itu ketawa akan kelakuan Syuhada.

Lydia dan Syuhada merupakan pemain utama dalam permainan bola keranjang. Mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk pertandingan yang akan datang kerana tahun ini merupakan tahun akhir mereka bersekolah.

Setelah penat membuat latihan, mereka pulang ke asrama untuk berehat. Ketika dalam perjalanan, Syuhada dan Lydia terserempak dengan 3 orang perempuan yang paling 'HOT' di sekolah ini.. Hhhmmm... Hot lah sangat.. pppuuuiiihhh!!!

   "Kawan-kawan, korang ada bau sampah tak?" perli Yana.

          "Hhhmmm.... tak bau apa-apa pun.." ujar Ina dengan bendulnya.
   "Aku rasa ni bukan bau sampah tapi bau skunk agaknya." balas Kira sambil mengetuk perlahan di kepala Ina.

         "Betul tu.. bau skunk..!!"   kata Yana sambil ketawa bersama-sama dengan rakannya.

Lydia berasa geram pada 3 orang budak 'HOT' itu, mahunya ditumbuk saja muka diorang tu. Tetapi apabila Lydia hendak menumbuk mereka bertiga itu, dengan pantas Syuhada menghalang Lydia.

    "Apasal kau ni? ke tepi lah!! kita patut ajar diorang tu!!kata Lydia dengan geram sekali..

          "orang tak educated memang macam ni, tak reti bersukan. diorang kan macam katak di bawah tempurung, tak tau peluh busuk itulah toksin bahaya yang keluar dari badan kita..." balas Syuhada lalu Lydia dan Syuhada beredar dari situ. Lydia tersenyum puas apabila mendengar kata-kata Syuhada.

Semasa berjalan-jalan di sekitar sekolah, Lydia dan Syuhada terserempak dengan seorang jejaka yang tekenal dengan kekacakannya itu. Siapa pulak jejaka kacak tu?? siapa lagi kalau bukan si Kelvin tu.. Jejaka yang seiras wajahnya dengan artis korea itu. Aduhh!! kalau dengar je pasal artis korea dah sah lah si Kelvin tu comel dan teramatlah kacak orangnya. Dari jauh Lydia dan Syuhada melihat Kelvin dan rakan-rakannya sedang berjalan bersama-sama.

    "kau tengok diorang tuperasan handsome!! menyampah aku! boyfriend aku lagi handsome.." kata Lydia sambil memuji kekasih hatinya.

                   "memang boyfriend kau lagi handsome daripada diorang pun. Diorang semua tu rasa handsome sebab diorang kawan dengan Kelvin je.. Kalau diorang tak berkawan dengan Kelvin tu, jangan harap lah diorang dapat perhatian dari perempuan... " ujar Syuhada.

         "Nasib baik boyfriend aku tak sekolah sini kan? kalau tak, habis boyfriend aku  kena kebas dengan perempuan lain. boleh merana aku dibuatnya... " kata Lydia dengan membuat muka risaunya itu. Syuhada yang mendengar hanya tersenyum dengan keletah rakan karibnya itu.

            Risau betul kau kat boyfriend kau tu.. Bisik hati Syuhada.

Ketika mereka rancak berbual-bual sambil mengutuk rakan-rakan Kelvin, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu sapaan dari seseorang. Hhhmm.. siapakah orang itu??.

      "Hai!" sapa Kelvin. Laaa..!! Kelvin rupanya.

       "Eh, Syuhada dia cakap hai kat kau lah...kata Lydia apabila mendengar sapaan dari Kelvin itu.

  "Tak lah mungkin orang yang kat belakang kita ni kot!!" balas Syuhada dengan selamba. Kelvin yang berada di hadapan mereka lalu berkata....

"Awak Syuhada kan?"

     "Yup!jawab Syuhada.

 "Sebenarnya..... sebenarnya... sebenarnya..." Kelvin tergagap.

     "Sebenarnya apa?" tanya Syuhada.

            "Ehem.. sudikah awak menjadi teman saya untuk malam prom nanti?"

  "Huh?!" Syuhada terkejut.

"Ya! ya! ya! ya! dia setuju, kalau aku setuju, mestilah Syuhada setuju!!" sampuk Lydia

          "Kalau macam tu, nanti saya ambil awak tau.." kata Kelvin lalu beredar dari situ.

     "Kau gila ke? apasal kau cakap macam tu? tadi kau yang jawab, so kau je lah yang pergi dengan dia! aku tak nak, dah lah lambat lagi nak tunggu malam prom , macam-macam boleh jadi..." kata Syuhada.

    "Betul cakap kau, macam-macam boleh jadi! dia ajak kau awal maknanya dia sanggup tunggu kau lah... mesti korang akan jadi sweet couple kan? dan apa yang lebih penting lagi, mesti Yana dan  kawan-kawan dia cemburu gila... hahahaha!" jawab Lydia.

  "Banyak lah kau punya berangan, dah lah! jom balik asrama!" balas Syuhada.

*************************************************
Perlawanan ragbi...
Hari demi hari, Syuhada dan Kelvin semakin rapat. Pada perlawanan ragbi, sekolah mereka menjadi pasukan tuan rumah. Kelvin mengajak Syuhada menonton perlawanan tersebut. Syuhada datang bersama Lydia. Kelvin adalah merupakan kapten pasukan ragbi di sekolahnya.

 Mia juga hadir ke perlawanan tersebut kerana dia seorang ketua ahli pasukan sorak. Mia dan Kelvin masing-masing hebat dalam bersukan mahupun tarian. Semasa dalam perlawan tersebut, Mia bersorak dengan kuat untuk memberi semangat kepada Kelvin dan pasukannya.

 Akhirnya, pasukan ragbi telah menjuarai perlawanan tersebut. Mia melonjak lalu menepuk tangan tanda kegembiraan. Mia berlari ke arah Kelvin lalu memeluknya. Kelvin tidak senang akan perbuatan Mia itu lalu dia menolak dan terus pergi bersama-sama rakan sepasukannya meraiakan kemenangannya.Kelvin sempat juga mengelip matanya serta melontarkan senyuman yang cukup manis kepada Syuhada.

***************************************************
Perlawanan Bola Keranjang....

Syuhada, Lydia dan semua ahli pasukan bola keranjang begitu bersemangat hendak menentang pasukan lawan. Syuhada dan Lydia begitu teruja dan gembira kerana mereka berjaya ke pusingan akhir.

       Ketika waktu rehat bermula...

                   "Syuhada, tolong temankan aku ke tandas, aku tak tahan lah.. jom cepat!!" minta Lydia kepada Syuhada.

      "Okay.. jom..!" balas Syuhada.

*********************************
     Di dalam tandas..

Syuhada menghadap cermin sambil membetulkan tudungnya sementara menunggu Lydia. Tiba-tiba datang 3 orang pemain bola keranjang dari sekolah lain. Syuhada melihat mereka seolah-olah sudah mengenali mereka bertiga.

          "Awak Syuhada kan?" salah seorang daripada mereka bertanya kepada Syuhada.

     "Ya! saya Syuhada.. errmm.. awak ni.. Nadhirah kan?" mereka berempat menjerit kegembiraan lalu mereka berpelukan.

Rupa-rupanya mereka adalah rakan karib Syuhada semasa kecil iaitu Nadhirah, Farahi dan Shafiqah. Syuhada tidak menyangka yang dia akan bertemu rakannya dalam perlawanan bola keranjang tersebut. Apa yang lebih mengejutkan Syuhada lagi apabila mengetahui Syuhada akan berlawan dengan rakan karibnya pada pusingan akhir.

            "Sorry, lama tunggu.." kata Lydia setelah keluar dari tandas.

  "Tak apa.. Eh kenalkan.. ni Nadhirah, Farahi, Shafiqah. Diorang rakan lama aku..!" jelas Syuhada dan memperkenalkan mereka kepada Lydia.

Mereka berjabat tangan dan berbual-bual sambil berjalan ke gelanggang bola keranjang.

                    "Eh lupa pula nak bagitau kat kau.. hari ini bukan kau sorang je yang aku jumpa tau.." kata Shafiqah.

    "Maksud kau? ada orang lain ke selain aku?" tanya Syuhada kehairanan.

          "Ha'ah.. yelah kan, sweet couple nie mana boleh berpisah...hahahaha" perli Farahi kepada Syuhada.

"Huh??" Syuhada membuat muka hairannya.

             "Tadi, kami terserempak dengan buah hati lama kau.. dia wakil sekolah dia.. sekarang aku tak nampak dia tapi kalau aku nampak dia nanti, aku bagitau kau!" kata Nadhirah.

   "Maksud korang... Khairi??" teka Syuhada.

"Ahh!!! dia mengakulah Khairi tu buah hati dia!!" jerit Farahi sambil ketawa.

       "Kesian Lydia.. dia tak faham pun apa yang korang bualkan!" kata Shafiqah.

  "Errmm.. nampaknya coach kitorang dah panggil..bye.. good luck.." Nadhirah dan rakan-rakan mengucapkan selamat berjaya kepada Syuhada dan Lydia.

Ketika Syuhada dan Lydia berbual-bual di tepi gelanggang. tiba-tiba sebiji bola bergolek lalu berhenti akibat terkena kaki Syuhada. Kemudian datang seorang jejaka tampan serta berbadan tegap ke arah Syuhada. Lelaki tersebut memohon maaf kepada Syuhada. Syuhada memaafkannya lalu memulangkan bola tersebut. Apabila Syuhada memandang lelaki tersebut.. sungguh tidak disangka bahawa lelaki yang memohon maaf itu ialah....... KHAIRI!!

       "Awak Khairi kan??" tanya Syuhada kepada Khairi yang inginkan kepastian.

              "Ha'ah.. saya Khairi.. awak.. awak... awak.. Syuhada kan?" balas Khairi.

"Yup! kau dah lain sekarang ye.. wow!! tingginya kau ni.. sekali pandang dah nampak macam pokok.. dua kali pandang nampak macam tiang lampu isyarat pulak.. errmm.. tiga kali pandang baru aku nampak macam kau" jawab Syuhada sambil membuat iklan ubat giginya..     hhmmm... apa lagi tersengih macam kerang busuk lah tu...

Mereka berdua sempat berbual sekejap sebelum namanya dipanggil oleh Lydia.....    ish.. mengacau betul lah Lydia ni.. tak patut.. tak patut...

        "Syuhada!! cepat lah perlawanan dah nak mula ni.. coach dah panggil.." jerit Lydia yang menyibuk ni..

Syuhada terpaksa pergi lalu mengucapkan selamat tinggal kepada Khairi dan terus berlari ke arah pasukannya. Sempat juga Khairi mengucapkan 'Good Luck' kepada Syuhada. Semangat Syuhada terus membara setelah dia berjumpa dengan jejaka pujaannya, Khairi..   OMG!! sweetnya..

Dalam perlawanan akhir tersebut, Syuhada bermain dengan begitu bersungguh-sungguh sekali. Setelah penat lelah mereka berjuang, akhirnya pasukan Syuhada menjadi juara dalam perlawanan bola keranjang. Nadhirah, Farahi dan Shafiqah mengucapkan tahniah kepada Syuhada dan pasukannya lalu pergi ke arah coach mereka.

******************************************
Didalam bas..
     "Ehh.. apasal kau asyik tersenyum je dari tadi?" tanya Lydia..

Syuhada hanya membalas dengan senyuman sahaja.

             "Eh.. tadi aku tengok kau ada cakap-cakap dengan sorang mamat ni.. kau minat dia ke? kau jangan!! mana kau nak campak Kelvin kau tu kalau kau suka kat mamat tu.." kata Lydia.

   "Hmm.. tu lah pasal, aku tengah confuse ni nak pilih mana satu..." jawab Syuhada.

                 "Lebih baik kau pilih Kelvin sebab Khairi tu bukannya suka kat kau pun.." kata Lydia dengan pantas.

     "Ha'ah kan.. hmm.. dah lah aku malas nak fikir pasal ni.. yang pasti hari ini kita dah menang dengan jayanya.." kata Syuhada dengan semangat sekali.

"Yeaahhh!!" jerit semua orang yang berada didalam bas itu.

********************************************
Malam prom..

Kelvin menjemput Syuhada pergi bersama-sama ke majlis itu. mereka berdua ternampak Lydia dan Adam sedang berjalan menuju ke kereta Lydia.  Adam merupakan salah seorang rakan karib Kelvin.    Munglin mereka berdua pergi ke majlis itu bersama-sama.

        "Wahh! cantik gila kau malam ni, Syuhada!" kata Lydia. Syuhada tersipu-sipu bila mendengar pujian dari Lydia.   Wah.. koyak seluar dalam Syuhada dapat pujian sebegitu. hahaha..

Tiba masanya yang ditunggu-tunggu.. Apa agaknya yang diorang tunggu sangat tu.. Hish.. itu pun tak tau.. mestilah diorang tertunggu-tunggu pengunguman raja dan ratu prom. Apabila mendengar nama pemenang tersebut, Syuhada berasa sangat gembira kerana pemenang tersebut adalah mereka berdua iaitu Kelvin dan Syuhada. Semua orang menepuk tangan kepada mereka berdua. Kelvin dan Syuhada diberi peluang untuk memberi ucapan ringkas atas kemenangan tersebut.

Tiba-tiba.. perkara yang tidak disangka berlaku di majlis tersebut. Syuhada telah dimalukan di atas pentas itu. Kelvin berterus terang di khalayak ramai yang dia hanyalah berpura-pura sukakan Syuhada kerana dia telah dicabar oleh rakan-rakannya. Lydia sangat marah lalu menampar pipi Adam yang bersubahat dalam hal itu. Lydia terus naik ke atas pentas dan terus menampar Kelvin dengan kuat lalu menarik tangan Syuhada serta membawanya pulang menaiki kereta Lydia.

Syuhada sangat terkejut! perasaan dia bercampur-campur kala ini. Dia sangat marah atas perbuatan Kelvin dan rakan-rakannya itu dan pada masa yang sama dia juga sangat sedih dan malu kerana dia telah dimalukan di depan semua orang yang hadir ke majlis tersebut. Sepatutnya malam prom adalah hari yang  bahagia pada setiap pasangan tetapi bagi Syuhada malam prom adalah hari yang paling malang dan paling menyedihkan.

 Kenapa aku yang dikenakan? kenapa bukan pada perempuan lain? hati Syuhada merintih sedih.

Sejak hari itu, Syuhada tidak bergaul lagi dengan pasukan ragbi dan dia hanya menfokuskan kapada cita-citanya.

****************************************
8 tahun kemudian..

Setelah tamat pengajiannya di Yonsei University, Korea, Syuhada sekarang telah menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya. Syarikatnya mengeluarkan alatan elektronik yang canggih malah kebanyakan adalah hasil dari ciptaannya sendiri. Lydia pula telah menjadi pemain bola keranjang wanita antarabangsa dan berkahwin dengan teman lelakinya, Daniel. Daniel adalah rakan karib Khairi. Daniel juga adalah pemain bola keranjang antarabangsa.

Nadhirah, Farahi, dan Shafiqah selalu bernasib baik kerana mereka dapat bersama. Mereka telah tamat pengajiannya di Korea Advanced Institute of Science & Technology dan masing-masing mempunyai pekerjaan yang baik.

Nadhirah telah menjadi pengusaha butik kecantikan dan telah meluaskan perniagaannya di serata tempat. Farahi telah menjadi professor. Shafiqah pula telah menjadi seorang doktor.    Macam mana pula dengan nasib mereka yang telah menyakiti hati Syuhada itu? Siapa orang yang telah menyakiti hati Syuhada ya?  hisy.. siapa lagi kalau bukan si Kelvin itu. Haa!!! Kelvin hanya sekadar menjadi pemandu teksi. Hmm.. macam mana pula dengan perempuan yang bajet hot itu?? Haa!! Yana, Ina dan Kira telah menjadi tukang cuci yang berjaya.. hahaha.. macam perli pulak.    memang perli pun..

*********************************
Lapangan terbang..


Setelah lama Syuhada berada di luar negara atas urusan kerja, Syuhada pulang ke negara asalnya. Syuhada memasuki ke dalam keretanya dan pemandunya itu membawa Syuhada ke sesuatu tempat.

         "Saya sekarang berada di mana ni?" tanya Syuhada kehairanan.

Pemandu tersebut berkata kepada Syuhada, ada seseorang yang ingin berjumpa dengannya. Syuhada keluar dari kereta. Apabila dia telah keluar dari kereta, dia melihat banyak lilin membarisi serta membentuk jalan.

Syuhada mengikut jalan tersebut sehingga lilin terakhir, baru dia tesedar, dia telah dipagari lilin yang membentuk 'LOVE'.

Tiba-tiba ada bola keranjang yang bergolek ke arahnya, Syuhada mengambil bola tersebut lalu memandang ke hadapan.

                   "Khairi!" jerit Syuhada kegembiraan.

Di tempat itu, Khairi melamar Syuhada yang sekian lamanya berpisah dan tidak berkesempatan bertemu kerana sibuk dengan kerja masing-masing. Khairi telah tamat pengajiannya di Oxford dan bekerja sebagai juruterbang. Khairi sudah lama memendam perasaannya terhadap Syuhada sejak Syuhada meluahkan perasaannya lagi tetapi tidak kesampaian kerana mereka dipisahkan ke alma mater yang berbeza. Syuhada menangis kegembiraan lalu menerima lamaran tersebut.

Lydia dan Daniel serta rakan-rakannya yang lain keluar dari tempat persembunyian lalu mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Sebenarnya Khairi telah berpakat dengan Lydia, Daniel, Nadhirah, Farahi, Shafiqah dan juga pemandu Syuhada dalam melaksanakan kejutan ini.

Sejak dari itu, Syuhada dan Khiari berkahwin dan mereka hidup bahagia selama-lamanya.

*************************************************TAMAT**************************************************************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.post { -webkit-border-radius: 40px; width: 650px; margin: 0 auto; padding: 0 0 15px; text-align: left; background-color: #FFFFFF; background-image: url(http://i1125.photobucket.com/albums/l597/cotcet96/20070320_313973.gif); border: 1px solid transparent; border-top: 0; }